EMAS KALIS INFLASI
Kalau nak belanja sekarang memang kita akan guna duit kertas atau online banking, tetapi untuk simpanan saya lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding wang kertas. Kerana emas adalah tangible asset yang terbukti bertahan dan kalis inflasi sejak beribu-ribu tahun. Walaupun harga emas meningkat saban tahun, secara amnya saya tidak menjual emas emas saya kerana saya adalah penyimpan emas. Mindset penyimpan emas adalah gram simpanan perlu bertambah. Ini yang penting. Apabila harga emas naik, saya rasa seronok. Apabila harga emas turun saya lagi seronok kerana dapat membeli aset mahal dengan harga yang murah. Ini adalah mindset gold saver. Namun… yang tidak seronok hanyalah jika kepingan kepingan emas tidak bertambah. Emas kalis inflasi dan nilai terjamin dalam jangkamasa panjang. Sekiranya kita simpan duit dalam bank dalam jangka masa panjang, memang ada dapat dividen, tetapi dividen yang dapat tidak dapat melindungi kekayaan kita dari inflasi dan kejatuhan wang ringgit....



